Generasi pertama | |
---|---|
Pengeluaran | Oktober 1992–Januari 1994 |
Stail badan | Sedan 4 pintu |
Platform | CD9A |
Transmisi | Manual 5 kelajuan |
Tapak roda | 2500 mm |
Panjang | 4310 mm |
Lebar | 1695 mm |
Tinggi | 1395 mm |
Berat kering | 1170 kg–1240 kg |
[sunting] Evolution II
Generasi kedua | |
---|---|
Pengeluaran | Januari 1994–Ogos 1995 |
Stail badan | Sedan 4 pintu |
Platform | CE9A |
Transmisi | Manual 5 kelajuan |
Tapak roda | 2510 mm |
Panjang | 4310 mm |
Lebar | 1695 mm |
Tinggi | 1420 mm |
Berat kering | 1180 kg–1250 kg |
[sunting] Evolution III
Generasi ketiga | |
---|---|
Pengeluaran | Ogos 1995–Ogos1996 |
Stail badan | Sedan 4 pintu |
Platform | CE9A |
Transmisi | Manual 5 kelajuan |
Tapak roda | 2510 mm |
Panjang | 4310 mm |
Lebar | 1695 mm |
Tinggi | 1420 mm |
Berat kering | 1260 kg (RS 1190 kg) |
[sunting] Evolution IV
Generasi keempat | |
---|---|
Pengeluaran | Ogos 1996–Januari 1998 |
Stail badan | Sedan 4 pintu |
Platform | CN9A |
Transmisi | Manual 5 kelajuan |
Tapak roda | 2510 mm |
Panjang | 4330 mm |
Lebar | 1690 mm |
Tinggi | 1415 mm |
Berat kering | 1260 kg–1350 kg |
[sunting] Evolution V
Generasi kelima | |
---|---|
Pengeluaran | Januari 1998–Januari 1999 |
Stail badan | Sedan 4 pintu |
Platform | CP9A |
Transmisi | Manual 5 kelajuan |
Tapak roda | 2510 mm |
Panjang | 4350 mm |
Lebar | 1770 mm |
Tinggi | 1405–1415 mm |
Berat kering | 1260–1360 kg |
Perubahan yang dilakukan termasuklah:
- Kemasan dalaman versi GSR dipertingkatkan dengan kerusi Recaro yang lebih baik.
- Kit badan mempunyai lengkuk roda yang dibesarkan pada bahagian hadapan dan belakang serta spoiler aluminium belakang baru yang menggantikan jenis FRP pada Evo IV dan melaras semula sudutnya bagi mengubah daya ke bawahnya.
- Diameter lubang silinder utama brek dibesarkan sebanyak 0.3 mm.
- Enjin diperkuatkan di beberapa bahagian dan tempoh bukaan injap oleh sesondol dipanjangkan. Omboh yang digunakan adalah lebih ringan dengan ruang skirt yang lebih kecil. Pemancit 510 cc digantikan dengan pemancit 560 cc untuk kebolehpercayaan enjin yang lebih baik berikutan terdapat lebih "ruang kepala" elektrikal manakala ECU ditukar untuk menyertakan ingatan kilat.
[sunting] Evolution VI
Generasi keenam | |
---|---|
Pengeluaran | Januari 1999–Mac 2001 |
Stail badan | Sedan 4 pintu |
Platform | CP9A |
Transmisi | Manual 5 kelajuan |
Tapak roda | 2510 mm |
Panjang | 4350 mm |
Lebar | 1770 mm |
Tinggi | 1405–1415 mm |
Berat kering | 1250–1360 kg |
[sunting] Evolution VII
Generasi ketujuh | |
---|---|
Pengeluaran | Mac 2001–Januari 2003 |
Stail badan | Sedan 4 pintu |
Platform | CT9A |
Transmisi | Manual 5 kelajuan Automatik 5 kelajuan |
Tapak roda | 2625 mm |
Panjang | 4455 mm |
Lebar | 1770 mm |
Tinggi | 1450 mm |
Berat kering | 1320–1400 kg |
Pengenalan model Evolution VII juga menandakan penggunaan transmisi automatik buat pertama kalinya pada model-model Evo melalui varian GT-A. Mitsubishi mendakwa kotak gear automatik 5 kelajuan yang digunakan mempunyai ciri-ciri "logik kabur", yang bermaksud sistem transmisi boleh "mempelajari" corak pemanduan pengguna serta mengubah corak penukaran gear mengikut cara pemanduan. Kelajuan juga boleh dipilih secara manual melalui butang + dan - pada stereng (sepasang pada kedua-dua belah) atau melalui mod tiptronic pada tombol gear. Kuasa kuda merosot sedikit daripada versi manual iaitu 272 bhp. Kotak gear GT-A tidak digunakan pada Evolution VIII tetapi dipasang pada versi estet bagi Evolution IX Wagon.
[sunting] Evolution VIII
Generasi kelapan | |
---|---|
Pengeluaran | Januari 2003–Mac 2005 |
Stail badan | Sedan 4 pintu |
Platform | CT9A |
Transmisi | Manual 5 kelajuan Manual 6 kelajuan |
Tapak roda | 2625 mm |
Panjang | 4490–4535 mm |
Lebar | 1770 mm |
Tinggi | 1450 mm |
Berat kering | 1320–1410 kg |
Lancer Evolution VIII adalah unik berbanding pendahulu dan penggantinya, memandangkan ia adalah satu-satunya model Evo yang menggunakan teras separa segitiga tengah yang sama seperti pada model Lancer, Adventure, Strada, Grandis, Montero dan Outlander.
Lancer Evolution VIII MR menggunakan penyerap hentak Bilstein untuk pengendalian yang lebih mantap. Panel bumbung aluminium serta pengurangan lain pada berat badan telah merendahkan pusat graviti bagi menghasilkan perwatakan olengan yang lebih semulajadi. Pembaharuan yang lebih lanjut juga dilakukan pada pacuan empat roda elektronik, kepada sistem cengkaman ACD 5 + Super AYC 6, dan kepada sistem Sports ABS. Lancer Evolution VIII yang ditunjukkan pada Pertunjukan Kereta Jepun 2003 mengambil penampilan MR yang biasanya dihadkan pada model berprestasi tinggi (pertama kali digunakan pada GTO). Bahagian lain pada MR termasuklah rim aloi BBS, penyerap hentak Bilstein seperti yang sudah diterangkan tadi, serta bumbung aluminium. Di United Kingdom, beberapa vairan khas Evolution telah dikeluarkan, termasuklah FQ300, FQ320, FQ340, dan FQ400. Masing-masing datang dengan kuasa kuda 305, 320, 340, dan 400 hp (227, 239, 254 dan 298 kW). Dikatakan 'FQ' merupakan kependekan kepada "Fucking Quick".[2][3]
Model FQ400, dijual melalui Ralliart UK, menghasilkan 302.13 kW (405.2 hp) daripada enjin 2.0 L 4G63, hasil daripada penalaan enjin yang agresif oleh firma-firma British iaitu Rampage Tuning, Owen Developments, dan Flow Race Engines. Pada 202.9 hp (151.3 kW) seliter, ia merupakan antara angka keluaran kuasa kuda tentu seliter yang tertinggi berbanding mana-mana enjin kereta jalanan yang lain. Dengan berat kering 1450 kg, pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 3.5 saat, 0-160 km/j pula dalam masa 9.1 saat, pencapaian semasa ujian drag 400 m adalah dalam masa 11.9 saat pada kelajuan 195 km/j, serta kelajuan maksimum dicapai pada 283 km/j manakala harga jualan di UK adalah sejumlah £47,000.
[sunting] Evolution IX
Generasi kesembilan | |
---|---|
Pengeluaran | Mac 2005–Oktober 2007 |
Stail badan | Sedan 4 pintu |
Platform | CT9A |
Transmisi | Manual 5 kelajuan Manual 6 kelajuan |
Tapak roda | 2625 mm |
Panjang | 4490 mm |
Lebar | 1770 mm |
Tinggi | 1450 mm |
Berat kering | 1310–1490 kg |
Evolution IX adalah model Evolution pertama dibawa masuk ke Malaysia melalui pengedar sah di Malaysia iaitu Mitsubishi Motors Malaysia. Sebelum ini, model-model Evolution yang lepas dibawa masuk melalui pengimport pihak ketiga. Spesifikasi model tersebut bagi pasaran Malaysia adalah sama seperti spesifikasi Jepun.
Mitsubishi juga membangunkan Evolution MIEV, berasaskan kerangka Evolutions IX tetapi dengan empat motor elektrik yang disambungkan pada roda sebagai ujian bagi barisan kereta elektrik akan datang MIEV (Kenderaan Elektrik Dalam Roda Mitsubishi). Motor-motor di dalam roda menggunakan pembinaan berongga seakan donat untuk menempatkan rotor di luar stator, tidak seperti motor elektrik lain di mana rotor berpusing di dalam stator. Hasilnya ialah motor yang lebih ringan yang membawa kepada beran tidak berspring yang lebih rendah berbanding sistem yang menggunakan motor elektrik yang dipasang pada roda. Setiap motor dalam roda menghasilkan keluaran kuasa kuda sebanyak 68 hp (51 kW), menghasilkan kuasa kuda gabungan 272 hp (203 kW), setara dengan model Lancer Evolution biasa yang menggunakan enjin petrol. Kereta tersebut mengambil bahagian dalam Perlumbaan Rali EV (kenderaan elektrik) Shikoku 2005.
[sunting] Evolution X
Generasi kesepuluh | |
---|---|
Pengeluaran | Oktober 2007-sekarang |
Stail badan | Sedan 4 pintu |
Platform | CZ4A |
Transmisi | Kotak gear klac berkembar 6 kelajuan Transmisi manual 5 kelajuan |
Tapak roda | 2650 mm |
Panjang | 4495 mm |
Lebar | 1810 mm |
Tinggi | 1480 mm |
Berat kering | 1420-1600 kg |
Mitsubishi turut mendedahkan kereta konsep kedua, Prototype-X, pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Amerika Utara 2007 (NAIAS).[9]
Model sedan Lancer Evolution X menampilkan enjin serba baru iaitu enjin aluminium 4B11T 2.0 L turbo, 4 sebaris. Kuasa dan tork adalah bergantung kepada pasaran tetapi kesemuanya menghasilkan sekurang-kurangnya 280 PS (276 hp, 206 kW) bagi spesifikasi Jepun; spesifikasi Malaysia pula menghasilkan 295 PS (217 kW) @ 6,500 rpm. Versi yang dijual di Malaysia menggunakan kotak gear klac berkembar 6 kelajuan serba baru bagi menggantikan transmisi manual 6 kelajuan pada Evolution IX.
Paskuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menggunakan kereta Evolution X bermula Disember 2008 bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan. Namun demikian, model yang digunakan oleh PDRM menggunakan transmisi manual 5 kelajuan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar